Saturday 23 March 2013

Rindu

Assalamualaikum

hmm entry kali ni sedih sikit lah sebabnya RINDU
DUA BULAN tidak bertentang mata
rindu ni taktahu lah nak digambarkan macam mana 
ALHAMDULILLAH aku mampu tahan dan kawal
walaupun kadang kadang aku begini (gambar dibawah)


tapi dengan doa , aku kirim agar Allah sampaikan rinduku padanya
tak pernah ku duga hubungan jarak jauh seberat ini cabarannya
sungguh ada kalanya aku penat tapi aku cuba dan alhamdulillah aku kuat

engkau yang selalu aku dambakan untuk menjadi IMAM buatku suatu hari nanti
dengan harapan kau dapat membimbing aku ke jalan Allah 
moga aku menjadi wanita solehah yang membanggakan emak ayah dan kau juga

aku kirimkan doa agar kasih dan rindu kau tak pernah berubah terhadapku
moga pilihanku adalah apa yang telah ditetapkan oleh Allah buatku
INSYAALLAH 


budak yang taip: Dayana

Wednesday 20 March 2013

Politeknik

Assalamualaikum

yo yo yo !
POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH SABAK BERNAM .
selamat datang ye adik adik kakak kakak abang abang makcik pakcik sekalian .
semoga tabah menempuh segala jalan dan dugaan yang mendatang di poli ini .


saya bahagia menjadi diri saya yang sebenar . 
tanpa hipokrit sana sini .
tanpa hirau tohmahan yang mendatang .
saya senang dengan kawan kawan sekeliling .
ye , ini saya . 

bye yalls :P

budak yang taip : Dayana

Gegirlsssss


Assalamualaikum

haaa aku taknak cakap banyak ah tapi yang penting aku seronok study dekat poli dengan kawan2 yang riuh rendah macam nak pecah rumah . 
orang kata kos setiausaha tak susah . 
ceh , bak tang belajar tengok susah tak susah .
okay dah .

3 tahun = 6 sem
kawan2 yang akan ada dengan aku sampai habis diploma insyaAllah 

 *gambar 1 : ini kira separuh lah dari gegirlss DSK 3B . 
yang lain hilang mana tah 
KIRI : meyga , erne , tharine , syera , kak fina , sarah , yan , suhana , kecik , jihan , suriya

 *gambar 2 : habis kelas agama pakat posing lah depa ni . 
KIRI : syera , jihan , kecik , erin

 *gambar 3 : hari siswa niaga . letih gila ouh dua hari ni . 
KIRI : yan , dibah , nina , erne

*gambar 4 : hari siswa niaga . hari pertama ni . 
KIRI ATAS : sarah , jihan , ME !  hehe . 
KIRI BAWAH : kecik , dibah , erin

sekian ceritera kelas aku yang tak berapa nak full sangat lah ceritanya en en . nanti ada masa aku cerita lagi ay . jumpa lagi di blog yang sama , waktu dan entry yang berbeza . bye yalls !

budak yang taip : Dayana

Monday 18 March 2013

Besties

Assalamualaikum

18 Mac 2013
Selamat Ulang Tahun Kelahiran yang ke 20
FATIN ZAFIRAH BT FADIL MARZUKI


kalau nak tahu , aku kenal dia since sem 1 . nick name dia OTET . muka macam Fara Fauzana . cantik sangat weiii . hari first masuk poli aku dah rapat dah . mana taknya satu bilik kot . hehe . segala cerita suka duka semua kita kongsi sama . dia tak pernah berkira . tak pernah senang2 nak marah orang . tak suka amik tahu hal orang . dia dah aku anggap macam adik aku . aku jaga dia , dia jaga aku . aku sayang dia sangat . aku harap dia tak lupa aku lah yang KALUT ni kahkah . semoga persahabatan kita kekal sampai akhir hayat .

otet , yana sayang otet sangat . jatuh bangun yana , otet selalu ada . terima kasih selalu belikan yana choki choki . hehe . semoga panjang umur , murah rezeki . maintain cun tau tau . cepat cepat lah dapat boyprengg ye keding . hee LOVE U !

iloveyoufatinzafirahiloveyoufatinzafirah


budak yang taip : dayana

Friday 8 March 2013

Permintaan

Assalamualaikum...

aku tak minta untuk dimewahkan dengan harta
aku cuma ingin dimewahkan dengan kasih sayang
hargai aku seadanya
sayangi aku semampunya
jaga aku seteguhnya
pelihara hubungan ini dengan sempurna

aku sayangkan kau 
aku rindukan kau
aku cintakan kau

muhamad haziq


air mata yang mengalir menandakan betapa sakitnya aku , kecewanya aku

budak yang taip : dayana

Thursday 7 March 2013

Ya Allah

Aku rela sakit badan dari dari sakit hati ..


Aku sanggup menangis sebab gagal exam dari menangis sakit hati ..


Aku sanggup sakit hati sebab hilang barang dari sakit hati sebab orang tersayang ..



budak yang taip : dayana

Mukadimah

Assalamualaikum 


Setelah beberapa acc blog di lupakan maka saya mengambil keputusan untuk mewujudkan blog baru dan insyaAllah ini yang kekal . Untuk permulaan saya taknak banyak cakap sebab masih mencari cari idea untuk membebel lebih banyak pada masa akan datang .Untuk hari ini saya lebih kepada memperkenalkan diri .

Nama diberi FATIN NORDAYANA BINTI BASHIR
Berasal dari KUALA SELANGOR
Dilahirkan pada 28 APRIL 1993
Alhamdulillah kini menuntut di POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH SABAK BERNAM SELANGOR
Diberi tanggungjawab yang besar sebagai ANAK SULUNG di dalam keluarga .
Mempunyai buah hati yang diberi nama MUHAMAD HAZIQ BIN YUSOF .

Ini sahaja buat waktu ini . Semoga kita bertemu lagi dengan cerita yang lebih menarik pada masa akan datang . 


budak yang taip : dayana

Wassalam