Thursday 18 April 2013

Tak Kenal Maka Tak Cinta

Assalamualaikum


sebagaimana mereka yang inginkan persahabatan yang kukuh , begitu juga aku dan kawan2 disini .
pada awalnya aku tak pernah menyangka bahawa aku akan dapat persahabatan yang akrab begini .
sekarang , alhamdulillah aku senang dengan adanya mereka .
susah senang , jatuh bangun , mereka ada denganku .

17 APRIL 2013
tarikh yang paling bermakna buat pertama kalinya sejak dari semester 1.
kami keluar makan lepas kelas macro ,
 kami lepak pantai ,
 kami bergambar ,
kami berborak ,
kami bergelak ketawa .


tak pernah kami rasakan bahagia begini .
alhamdulillah kami saling menerima kekurangan masing-masing
kami tak perlu menjadi orang lain
alhamdulillah ya Allah
izinkan kami terus mempertahankan keakraban ini hingga akhirnya
aku sayang mereka ya Allah
aku sayang persahabatan ini
kekalkan mereka didalam hatiku agar aku tak menjadi lupa akan jasa baik mereka selama ini

*MARI LIHAT KEGILAAN KAMI SEBELUM MENINGGALKAN SEMESTER 3 DAN MENJALANI LATIHAN INDUSTRI SELAMA 7 BULAN















Budak yang taip: Dayana

Sunday 14 April 2013

Kemaafan

Assalamualaikum

ku tagih kemaafan dari mereka yang pernah disakiti 
biarlah apa yg dikata tapi benar , aku tagihkan kemaafan dari mereka

terlalu banyak silap dan salah yg tak pernah aku sedar bahawa ia telah menyakiti mereka
maafkan aku , maafkan aku , maafkan aku

tiada lain yang aku pinta selain maaf darimu
sungguh , kemaafan yg ikhlas dari hatimu adalah berlian bagiku


Budak yang taip: Dayana

Saturday 6 April 2013

Pandang Pertama

Assalamualaikum

BENAR !
cinta pertama sukar dilupakan
cinta pertama takkan pernah hilang rasa sayang
cinta pertama berbeza dari cinta kedua dan seterusnya

aku mengalami cinta pertama dan kedua
sungguh !
ia sangat dan terlalu berbeza
semoga aku kekal dan terus bahagia dengan cinta pertama ini

terima kasih cinta kedua kerana membuka mata aku
walaupun terdapat kekurangan tapi kelebihan tetap aku ingat
terima kasih cinta kedua memberi aku peluang mengecapi kebahagiaan bersama cinta pertama

semoga cinta pertama ini akan terus kekal 
dan menjadi pilihan yang telah ditetapkan buatku InsyaAllah
kelebihan cinta pertama tidak semestinya menutupi kekurangannya
saling terima kekurangan dan terus memperbaiki

terima kasih atas restu kedua emak ayah , ibu ayah
semoga cinta ini kekal abadi hingga menjadi yang sah dan ke syurga akhirnya



budak yang taip: Dayana

Friday 5 April 2013

Sahabat

Assalamualaikum



Sahabat
jatuh bangun sentiasa ada

sahabat
suka duka dikongsi bersama

sahabat
saling menasihati tanpa pentingkan diri sendiri

sahabat
menjadi yang terbaik di kalangan yang terbaik
supaya disenangi dan dikenang kelak
menjadi diri sendiri agar kita tidak ditinggalkan
memperbaiki supaya kita tidak dibenci


Budak yang taip: Dayana

Ketenangan

Assalamualaikum

Seteruk mana kesusahan yang kita hadapi pasti akan ada yang membantu
Sepayah mana kita menanggung beban yang ada , pasti akan ada yang simpati
Dengan doa , aku bermohon agar Allah pelihara mereka yang selalu membantu aku kala aku dalam kesusahan

Alhamdulillah dengan rezeki yang ada , aku dapat menyelesaikan hutang piutang
Ye benar , HUTANG .
Dalam usia begini tak mustahil kita sudah terjebak dengan dunia "hutang"

Sekali lagi Alhamdulillah , aku dapat menyelesaikannya dengan rezeki yang ada
Aku mendapat ketenangan
Selagi tidak , aku akan malu untuk berhadapan dengan mereka , serba salah dengan mereka

Semoga Allah sentiasa pelihara mereka yang sering membantu aku 
Haziq , Jihan , Yan , terima kasih atas bantuan yang diberi
Maaf tak dapat menyelesaikannya dengan awal
Nilai yang diberikan bagi aku ia terlalu banyak
Semoga Allah memberi rezeki yang melimpah ruah pada kalian
TERIMA KASIH 

Budak yang taip: Dayana

Monday 1 April 2013

Penat

Assalamualaikum

Segala yang dilakukan mesti akan keluar juga perkataan "penat" .
Tidak kira gembira atau sedih , "penat" itu pasti keluar

25 Mac 2013 hingga 29 Mac 2013 .
Kami diminta untuk menjalani latihan praktikal dalaman di jabatan berasingan mengikut yang telah ditetapkan .
Sungguh . Penat bukan sebarang penat .
Namun atas sebab ilmu yang dicari , ku teruskan juga .

"BEGITU PENATNYA MENCARI REZEKI"
ye , ayat ini selalu di dalam fikiran tiap kali aku menjalani latihan .
tak dinafikan mencari rezeki memang penat tetapi demi menjalani kehidupan seharian , penat macam mana sekalipun hasilnya nanti tetap bermakna .

kami bekerja tidak dibayar namun aku ikhlas .
pengalaman selama seminggu adalah gaji buat aku .
bidang berkaitan setiausaha semakin aku minati .
walaupun aku masih tercari cari tapi insyaAllah dengan bekal yang aku ada akan aku bawa untuk menjalani latihan industri selama 6 bulan kelak .

dengan harapan aku dapat menjalani latihan industri dengan baik dan aku dapat menyesuaikan diri di sana .
semoga bidang yang aku ceburi dapat meletakkan aku di tempat yang sesuai kelak .
tanpa putus asa , aku akan terus usaha bagi menggembirakan emak dan ayah .
kesusahan emak ayah bagi menyuap nasi ke mulut aku dan adik adik akan aku bela InsyaAllah .

budak yang taip : Dayana

Saturday 23 March 2013

Rindu

Assalamualaikum

hmm entry kali ni sedih sikit lah sebabnya RINDU
DUA BULAN tidak bertentang mata
rindu ni taktahu lah nak digambarkan macam mana 
ALHAMDULILLAH aku mampu tahan dan kawal
walaupun kadang kadang aku begini (gambar dibawah)


tapi dengan doa , aku kirim agar Allah sampaikan rinduku padanya
tak pernah ku duga hubungan jarak jauh seberat ini cabarannya
sungguh ada kalanya aku penat tapi aku cuba dan alhamdulillah aku kuat

engkau yang selalu aku dambakan untuk menjadi IMAM buatku suatu hari nanti
dengan harapan kau dapat membimbing aku ke jalan Allah 
moga aku menjadi wanita solehah yang membanggakan emak ayah dan kau juga

aku kirimkan doa agar kasih dan rindu kau tak pernah berubah terhadapku
moga pilihanku adalah apa yang telah ditetapkan oleh Allah buatku
INSYAALLAH 


budak yang taip: Dayana

Wednesday 20 March 2013

Politeknik

Assalamualaikum

yo yo yo !
POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH SABAK BERNAM .
selamat datang ye adik adik kakak kakak abang abang makcik pakcik sekalian .
semoga tabah menempuh segala jalan dan dugaan yang mendatang di poli ini .


saya bahagia menjadi diri saya yang sebenar . 
tanpa hipokrit sana sini .
tanpa hirau tohmahan yang mendatang .
saya senang dengan kawan kawan sekeliling .
ye , ini saya . 

bye yalls :P

budak yang taip : Dayana

Gegirlsssss


Assalamualaikum

haaa aku taknak cakap banyak ah tapi yang penting aku seronok study dekat poli dengan kawan2 yang riuh rendah macam nak pecah rumah . 
orang kata kos setiausaha tak susah . 
ceh , bak tang belajar tengok susah tak susah .
okay dah .

3 tahun = 6 sem
kawan2 yang akan ada dengan aku sampai habis diploma insyaAllah 

 *gambar 1 : ini kira separuh lah dari gegirlss DSK 3B . 
yang lain hilang mana tah 
KIRI : meyga , erne , tharine , syera , kak fina , sarah , yan , suhana , kecik , jihan , suriya

 *gambar 2 : habis kelas agama pakat posing lah depa ni . 
KIRI : syera , jihan , kecik , erin

 *gambar 3 : hari siswa niaga . letih gila ouh dua hari ni . 
KIRI : yan , dibah , nina , erne

*gambar 4 : hari siswa niaga . hari pertama ni . 
KIRI ATAS : sarah , jihan , ME !  hehe . 
KIRI BAWAH : kecik , dibah , erin

sekian ceritera kelas aku yang tak berapa nak full sangat lah ceritanya en en . nanti ada masa aku cerita lagi ay . jumpa lagi di blog yang sama , waktu dan entry yang berbeza . bye yalls !

budak yang taip : Dayana

Monday 18 March 2013

Besties

Assalamualaikum

18 Mac 2013
Selamat Ulang Tahun Kelahiran yang ke 20
FATIN ZAFIRAH BT FADIL MARZUKI


kalau nak tahu , aku kenal dia since sem 1 . nick name dia OTET . muka macam Fara Fauzana . cantik sangat weiii . hari first masuk poli aku dah rapat dah . mana taknya satu bilik kot . hehe . segala cerita suka duka semua kita kongsi sama . dia tak pernah berkira . tak pernah senang2 nak marah orang . tak suka amik tahu hal orang . dia dah aku anggap macam adik aku . aku jaga dia , dia jaga aku . aku sayang dia sangat . aku harap dia tak lupa aku lah yang KALUT ni kahkah . semoga persahabatan kita kekal sampai akhir hayat .

otet , yana sayang otet sangat . jatuh bangun yana , otet selalu ada . terima kasih selalu belikan yana choki choki . hehe . semoga panjang umur , murah rezeki . maintain cun tau tau . cepat cepat lah dapat boyprengg ye keding . hee LOVE U !

iloveyoufatinzafirahiloveyoufatinzafirah


budak yang taip : dayana

Friday 8 March 2013

Permintaan

Assalamualaikum...

aku tak minta untuk dimewahkan dengan harta
aku cuma ingin dimewahkan dengan kasih sayang
hargai aku seadanya
sayangi aku semampunya
jaga aku seteguhnya
pelihara hubungan ini dengan sempurna

aku sayangkan kau 
aku rindukan kau
aku cintakan kau

muhamad haziq


air mata yang mengalir menandakan betapa sakitnya aku , kecewanya aku

budak yang taip : dayana

Thursday 7 March 2013

Ya Allah

Aku rela sakit badan dari dari sakit hati ..


Aku sanggup menangis sebab gagal exam dari menangis sakit hati ..


Aku sanggup sakit hati sebab hilang barang dari sakit hati sebab orang tersayang ..



budak yang taip : dayana

Mukadimah

Assalamualaikum 


Setelah beberapa acc blog di lupakan maka saya mengambil keputusan untuk mewujudkan blog baru dan insyaAllah ini yang kekal . Untuk permulaan saya taknak banyak cakap sebab masih mencari cari idea untuk membebel lebih banyak pada masa akan datang .Untuk hari ini saya lebih kepada memperkenalkan diri .

Nama diberi FATIN NORDAYANA BINTI BASHIR
Berasal dari KUALA SELANGOR
Dilahirkan pada 28 APRIL 1993
Alhamdulillah kini menuntut di POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH SABAK BERNAM SELANGOR
Diberi tanggungjawab yang besar sebagai ANAK SULUNG di dalam keluarga .
Mempunyai buah hati yang diberi nama MUHAMAD HAZIQ BIN YUSOF .

Ini sahaja buat waktu ini . Semoga kita bertemu lagi dengan cerita yang lebih menarik pada masa akan datang . 


budak yang taip : dayana

Wassalam